Aktiviti i-kelas

SELAMAT DATANG


Rabu, 26 Julai 2017

TAKLIMAT LINUS

Pada 25.7.2017, Sk Jerangau telah dikunjungi oleh team LINUS PPD Dungun dan diwakili oleh 5 orang pegawai iaitu En Azman, En hilmi, En Aizuddin, En Muharram dan En Ridzuan. Kedatangan mereka adalah untuk memberi taklimat LINUS kepada guru-guru LINUS dan telah diadakan di bilik Ikelas. Sk jerangau adalah satu-satunya sekolah ikelas di daerah Dungun dan telah mendapat kritikan positif dari pihak PPD kerana bilik ini meyediakan kemudahan ICT dan memberi keselesaan kepada pengguna. Selain itu, mereka telah mendapat  kebenaran daripada tuan guru besar untuk menggunakan bilik tersebut sekiranya perlu di masa akan datang. Terima kasih kami dari warga SEJERA dengan kunjungan mesra tersebut.








Isnin, 17 Julai 2017

KEGUNAAN INTERNET DAN MO WORD

Murid-murid diberi pendedahan tentang kegunaan internet dengan mencari maklumat berkaitan pembelajaran serta mengaplikasikan dalam microsoft office word. Dengan ini, murid-murid dapat menambah pengetahuan tentang cara mengaplikasikan microsoft office word dengan lebih luas.