Aktiviti i-kelas

SELAMAT DATANG


Rabu, 26 Julai 2017

TAKLIMAT LINUS

Pada 25.7.2017, Sk Jerangau telah dikunjungi oleh team LINUS PPD Dungun dan diwakili oleh 5 orang pegawai iaitu En Azman, En hilmi, En Aizuddin, En Muharram dan En Ridzuan. Kedatangan mereka adalah untuk memberi taklimat LINUS kepada guru-guru LINUS dan telah diadakan di bilik Ikelas. Sk jerangau adalah satu-satunya sekolah ikelas di daerah Dungun dan telah mendapat kritikan positif dari pihak PPD kerana bilik ini meyediakan kemudahan ICT dan memberi keselesaan kepada pengguna. Selain itu, mereka telah mendapat  kebenaran daripada tuan guru besar untuk menggunakan bilik tersebut sekiranya perlu di masa akan datang. Terima kasih kami dari warga SEJERA dengan kunjungan mesra tersebut.








Isnin, 17 Julai 2017

KEGUNAAN INTERNET DAN MO WORD

Murid-murid diberi pendedahan tentang kegunaan internet dengan mencari maklumat berkaitan pembelajaran serta mengaplikasikan dalam microsoft office word. Dengan ini, murid-murid dapat menambah pengetahuan tentang cara mengaplikasikan microsoft office word dengan lebih luas.




Rabu, 21 Jun 2017

MAKNA (NATIONAL CANCER COUNCIL MALAYSIA)

Pada 22 Mei 2017, seramai 3 orang pegawai dari MAKNA datang ke SKJERANGAU untuk memberi penerangan mengenai MAKNA atau Majlis Kanser Malaysia . Program ini telah di adakan dibilik iKELAS SK JERANGAU dan disertai oleh guru-guru dan kakitangan sekolah.











MAKNA merupakan sebuah pertubuhan sosial bukan berasaskan keuntungan terutamanya ditugaskan untuk mengumpulkan dan menggunakan setiap usaha, kepakaran dan kebajikan dari setiap lapisan masyarakat untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan, penderitaan dan morbiditi yang pesakit kanser sering alami. Ia bertujuan untuk menyediakan penjagaan rawatan, penjagaan pencegahan, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan kanser untuk pesakit kanser dan keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi dan orang awam di Malaysia dan seluruh dunia. Bersama-sama dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, MAKNA berharap untuk memberi inspirasi kepada perubahan luar biasa dan memberi orang yang terlibat dengan kanser diperbaharui harapan dalam kehidupan.
MAKNA berdaftar di bawah Daftar Pertubuhan Malaysia pada 10 November 1994 dan dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 1995. Ia diasaskan oleh Dato' Mohd Farid Ariffin di Kuala Lumpur, Malaysia. Organisasi ini dinamakan selepas perkataan bahasa Melayu bagi 'makna' dan slogannya adalah "Mengingati Makna Kehidupan" (A Meaning to Life).
 Untuk penerangan yang lebih lanjut boleh layari laman sesawang ini http://makna.org.my/

Isnin, 23 Januari 2017

PEMANTUAN i-KELAS DARI JPN TERENGGANU

Pada 19 Januari 2017, pihak JPNT yang diwakili oleh YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor, En Yusma bin Yusof dan En Mohd Hilmi bin Sidek telah datang ke SK Jerangau untuk membuat pemantauan. Pemantauan ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan i-kelas bagi sesi 2017 serta berkongsi maklumat untuk menaikkan lagi i-kelas SK Jerangau